Thursday, January 2, 2014

Siapa saya ...

Teks : Maysarah Ahmat

Assalamu'alaikum warahmatullahi  wabarakatuh

Pembuka kata untuk blog pertama saya adalah pengenalan mengenai diri saya. Nama penuh saya Siti Maysarah Binti Ahmat. Saya mendapat pendidikan awal di Kota tinggi, Johor. Saya telah melanjutkan pelajaran di MRSM setelah mendapat keputusan yang baik dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Syukur alhamdulillah, keputusan yang baik dalam SPM membolehkan saya melanjutkan pelajaran di UKM dalam bidang Sains FIzik dan berjaya memperoleh Sarjana Muda Fizik Gunaan dengan kepujian. 

Setelah habis belajar, saya memohon ke jawatan guru dan alhamdulillah pada tahun 2007 saya ditugaskan sebagai guru subjek Fizik. Pengalaman saya sebagai guru menjadikan saya lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. Banyak perkara yang saya pelajari terutama dalam mendidik pelajar saya yang sedang meningkat remaja. 

Saya juga sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak lelaki. Semasa berpantang, saya mengalami masalah kekurangan susu badan dan ini mendesak saya untuk mencari makanan tambahan untuk membanyakkan susu. Alhamdulillah saya telah mencuba produk Shaklee dan sehingga kini saya masih lagi menjadi pengguna setia. Saya juga merupakan Pengedar Sah Shaklee dan sudah setahun menjalankan perniagaan ini.  

Saya mahu serius dalam perniagaan menjual produk Shaklee dan ini merupakan faktor utama saya mengikuti Kelas Asas Blog dan Fan Page. Saya berdoa dan berharap agar dengan adanya ilmu yang saya ikuti dalam kelas ini dapat membantu dalam perniagaan online saya.

Matlamat saya ialah saya mahu memperbaiki proses pembelajaran dan pengajaran saya dan melihat pelajar saya berjaya mendapat gred A dalam SPM. Saya juga mahu mempunyai kedai online saya sendiri dan memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan saya walaupun saya masih bekerja. Saya mahu membuktikan bahawa wanita bekerjaya juga boleh berjaya dalam perniagaan online ini. Matlamat jangka panjang sudah tentu menjadi guru yang cemerlang di dunia dan akhirat. Selain itu, saya mahu menjana wang berterusan melalui perniagaan ini dan  memberikan kebahagian kepada keluarga saya.

Kepada mereka hanya masih mencari-cari suplemen untuk keluarga boleh menghubungi saya segera. Saya sebagai pengedar Sah Shaklee sedia memberikan bantuan dan khidmat nasihat :

Email : maysarahahmat@gmail.com









1 comment: