Friday, May 16, 2014

Kegunaan Basic H Shaklee

Teks : Maysarah Ahmat

Salam semua..

Entry kali ini saya nak kongsi mengenai kegunaan Basic H. Sudah tentu siapa yang baca entry saya sebelum ini sudah sedia tahu pengalaman saya menggunakan Basic H. Selain membantu menurunkan panas semasa demam ,banyak lagi kegunaan yang memberi manfaat kepada seisi keluarga.

Basic H adalah pencuci serbaguna yang selamat. Selain dapat memghilangkan kotoran minyak dengan berkesan ia juga selamat sekiranyan digunakan terus pada tubuh badan tidak seperti pencuci pembersih yang lain.


Selain itu, Basic H ni kepekatanya tinggi dan sangat menjimatkan berbanding dengan pencuci yang ada dipasaran. sebabnya adalah satu botol Basic H ini mengandungi 16 oz cecair dan  boleh dicairkan kepada 48 gelen air. Sangat pekat dan menjimatkan bukan? Dah tidak perlu bayar lebih untuk pencuci di rumah. Saya hanya menggunakan beberapa titik sahaja dan dicairkan dengan air boleh memberi kesan pembersihan yang sangat memuaskan terutama kesan degil pada sinki, lantai dan mozac. 


Perbezaan Basic H Shaklee selain ia selamat dan berkesan, ia dirumus daripada ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa. Ia asli , tanpa pewarna dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menganggu sistem pernafasan. Tambahan pula botol Basic H ini boleh dikitar semula dan tidak mencemarkan alam semulajadi.


Saya menggunakan Basic H bukan sahaja untuk tujuan mencuci dan membersih tetapi ia boleh digunaan untuk tujuan kesihatan. 
Jom baca kat bawah ni.



Oleh itu, pada pendapat saya Basic H ini perlu ada di dalam setiap rumah. Saya dah merasai manfaat Basic H ini, anda bila lagi. 

Dengan hanya RM 46.00 sebotol mampu menyelesaikan pelbagai masalah di rumah. Ingat ye, ia sangat selamat, berkesan dan menjimatkan.....




















Thursday, May 15, 2014

Basic H & Faris yang demam

Teks: Maysarah Ahmat

mama : Jom Faris, main basikal...
Faris : tak nak la..mama..masuk rumah..ayah masuk rumah...

Selalunya pantang diajak , berdezup terus keluar untuk main basikal. Mungkin Faris penat, seharian dah main dengan abang uda ( anak pengasuh ) di rumah Mak ( pengasuh Faris ). Selepas maghrib , terasa badan Faris agak panas. Saya biarkan sahaja cuma saya tampal cool fever dekat belakang badan dia sebagai langkah berjaga-jaga.

Balik daripada makan malam, sah la suhu badan dia semakin naik 39 oC. Mata dan mulut mula merah dan dia mula merengek. Sempat juga saya beri dia ubat demam dengan harapan demamnya akan kebah sedikit. Jam 2 pagi saya terjaga, badannya masih panas dan suhu tidak juga turun. Masa ini lah teringat mak selalu suruh basahkan kepala anak dengan air bunga raya putih. Tapi mana nak cari pagi-pagi buta ni?  Yang ada depan rumah tu bunga raya warna oren. Nak basahkan dengan air asam jawa pun yang dalam cawan je ada bukan asam jawa mentah ( yang masih ada biji ). Susah hati bila Faris demam, terus saya tak boleh tidur. Penyelesaianya pada pagi itu, saya guna je daun bunga raya oren tu, walaupun tak berapa berlendir tapi saya basahkan juga di kepala Faris. 

Pagi esoknya,saya bawa Faris ke Poliklinik Hidayah. Doktor Yazir tu kata suhu badan masih tinggi dan ada ulser dekat tekak dia. Saya kena sentiasa pantau suhu dan ada atau tidak ruam-ruam yang akan naik pada badan Faris. Takut simptom sakit kuku kaki dan mulut. 

Kesian anak mama..demam ..

Balik dari klinik, saya suapkan Faris ubat dan mandikan dia dengan Basic- H. Saya hanya campurkan beberapa titik sahaja dengan air dalam baldi. Sebenarnya ini kali pertama saya cuba mandikan anak dengan Basic H. Ramai pengguna Basic H Shaklee ini yang kata dapat bantu turunkan suhu masa demam. Kita tunggu dan lihat keberkesanannya. Waktu tengahari saya check lagi suhu Faris, masih tak turun dan dia pun masih tidak aktif, hanya baring dan tidur ja.

Saya mandikan Faris 4 kali dengan Basic-H hari tu dengan harapan turunla suhu badan dia walaupun sedikit. Alhamdulillah, jam 4 petang dah nampak perubahan. Badan dia mula berpeluh dan suhu badan dia dah mula turun. Lega sangat hati ni. Yang pasti petang tu saya biarka dia melasak main basikal biar peluh lagi banyak keluar.


Dah boleh senyum...dah boleh main basikal...

Betul la kata pengguna Shaklee...Basic H boleh membantu menurunkan suhu badan waktu demam. Lepas ni confirm Basic H mesti sentiasa ada dalam rumah.  

 Ini la dia rupa bentuk Basic H tu. 


Basic-H : Multipurpose function.


Cukupla mengenai Faris dan Basic H. Tunggu entry saya akan datang mengenai Basic- H dan kegunaannya ye.

Salam sayang : mama Faris








Wednesday, May 14, 2014

Pot Luck Jabatan Sains...

Teks : Maysarah Ahmat

Assalamualaikum...

Minggu peperiksaan kembali lagi. Selalunya inilah masa yang paling sesuai untuk cikgu mengadakan 'potluck'. Apa itu potluck? sebenarnya hanyalah aktiviti makan-makan dan setiap cikgu perlu membawa satu juadah. Pot luck ini juga diadakan sempena meraikan ualangtahun kelahiran guru-guru yang lahir pada bulan Mac , April dan Mei  




Kali ini tiba giliran Jabatan Sains ( jabatan saya la tu ) yang menjadi tuan rumah. List panjang berjela dah sedia ada, dari segi agihan tugas yang menyediakan air, membawa alas meja , tisu, pinggan, mangkuk, sudu , garfu, cawan, chaffing dish dan tentulah hero pada hari itu adalah menu utama. Potluck kali ini siap ada tema lagi untuk setiap menu yang disediakan. Nak buat ala-ala hotel gitu...

Kredit kepada cikgu Ila kerana sudi membuat tagging semua juadah yang ada. Jom cuci mata  juadah apa yang ada.







Macam-macam nama ada kan? dan semuanya sedap-sedap belaka. 'Thumbs up' kepada semua cikgu-cikgu jabatan sains. Impian inginkan tema ala-ala hotel tercapai dan yang pasti semua cikgu kenyang perut pada hari itu. Alhamdulillah....

>> kredit kepada Cikgu Suharfizza sudi berkongsi gambar.


 



Tuesday, May 13, 2014

Hard Physics to Heart Physics...

Teks : Maysarah Ahmat

Assalamualaikum sahabat semua...

Hari ini baru saya berkesempatan untuk menulis. Saya ingin berkongsi mengenai program yang unit kami telah laksanakan iaitu Program ' Hard Physics to Heart Physics'..Tentunya ada kaitan dengan kerjaya saya sebagai cikgu Fizik. ' Hard Physics ' mungkin betul kepada sesetengah daripada anda yang pernah mempelajarinya .Begitu juga kepada pelajar saya. Oleh sebab itu, guru-guru fizik di sekolah saya merancang program ini supaya ia menjadi ' to Heart Physics' supaya subjek fizik ini bukan sahaja dekat dihati tetapi untuk menjadikan pelajar minat mempelajari subjek ini..

Program ini merupakan salah satu inisiatif guru untuk membantu pelajar di sekolah kami memahami konsep fizik secara santai. Pengisian program ini lebih kepada 'hand-on activity'. Sebelum aktiviti dijalankan pelajar akan diberikan soalan Pre-test untuk mengetahui pemahaman pelajar terhadap beberapa konsep tertentu sahaja dalam silibus  fizik. Antaranya ialah konsep DC motor, DC generator, Radiator and Half life.

Pelajar ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai seorang fasilitator yang akan membantu sepanjang program ini dijalankan. Alhamdulillah, fasilitator kali ini sangat bagus terutama dalam memberikan penerangan semasa aktivity hand on dijalankan. Terima kasih kepada semua fasilitator. Fasilitator ini terdiri daripada pelajar yang mampu membantu rakan -rakan mereka dalam memahami konsep fizik. Sesetengah pelajar lebih selesa dan suka sekiranya rakan mereka sendiri yang mengajar mereka.

Ini dia sebahagian aktiviti yang dijalankan. Jom tengok gambar-gambar ini.


Sesi pre-test: semua fokus je  jawap soalan
apa yang mereka buat? kira butang baju untuk aktiviti topik 'Half-life'
Yang baju purple tu la fasi: bersemangat fasi ni terangkan mengenai DC motor...nampak tak objek besar kat tengah meja tu....

Jom berpuzzle : lekatkan di tempat yang betul...bagaimana radiator berfungsi..oh harapnya mereka faham...


alahai siap menguap lagi...yang penting tau nak guna ' Fleming's Left hand Rule' ye...



taraaaa....dah habis..kumpulan yang menang dapat hadiah...ok jom balik...


Alhamdulillah...memang hari tersebut ternyata meletihkan kerana hari sebelumnya maktab kami mengadakan Majlis Anugerah SPM. Semua cikgu fizik ini dengan rasminya bekerja 7 hari seminggu. Harapan kami dengan adanya program ini dapat membantu pelajar-pelajar ini menguasai konsep fizik yang dipelajari.


Salam sayang : Cikgu Maysarah