Thursday, January 30, 2014

Tips untuk mengurangkan sakit belakang

Teks: Maysarah Ahmat

Gambar : Google

Adakah anda sering mengalami sakit belakang?
Melalui pembacaan saya, terdapat beberapa tip yang boleh saya kongsikan kepada anda untuk mengurangkan sakit belakang. Antaranya ialah:

1. Rehatkan diri secukupnya di atas tilam yang lembut dan selesa.
2. Sapukan ubat penahan sakit atau gunakan ubat anti inflamasi tanpa steroid.
3. Urut bahagian yang sakit secara perlahan-lahan dengan menggunakan minyak ururt.
4. Lakukan senaman asas untuk melegakan bahagian badan yang sakit.




Monday, January 27, 2014

Gembira belajar perkara baru

Teks : Maysarah Ahmat

Hari Sabtu minggu lepas, saya telah menghadiri kursus ringkas mengenai penggunaan Google App dalam pendidikan. Salah satu topik pengajaran dalam kursus ini adalah penggunaan Google Drive. Penggunaan Google Drive ini akan sangat membantu saya dari segi menyimpan bahan pengajaran dan berkongsi dengan rakan sekerja yang lain.




Fungsi Google Drive adalah sebagai storan online dokumen, gambar, atau sebagainya. Saiz Google Drive yang disediakan kepada kita adalah sebanyak 30GB. Antara fungsi yang boleh dimanfaatkan adalah:

1. berkongsi dokumen ( word, excel , power point, pdf dan lain-lain ), gambar, fail, installer dengan rakan-rakan yang lain .
2. boleh mengedit secara online ( word, excel, dan power point )
3. boleh mencipta dokumen ( word, excel, power point , drawing )
4. sebagai 'backup ' kepada fail kita

Pendedahan kepada aplikasi Google Drive ini sangat membantu saya terutama sebagai backup kepada fail pengajaran saya. Sekiranya terjadi masalah kepada laptop saya, saya tidak perlu risau untuk mendapatkan semula bahan pengajaran saya.

Terima kasih kepada dua orang guru komputer iaitu Pn Nurul Huda dan Pn Zuriati kerana memberikan ilmu ini kepada saya dan rakan-rakan.

Friday, January 24, 2014

Rawat Resdung dengan Alfalfa Complex

Teks: Maysarah Ahmat 

Adakah anda sering mengalami gatal-gatal hidung? sering bersin di waktu papi? Sakit kepala terutama dibahagian dahi dan pipi ? hidung sering berhingus dan tersumbat?
Itu mungkin anda mengalami gejala-gejala resdung atau sinusitis.


Perbezaan ruang sinus bagi mereka yang mengalami sinusitis

Apa itu resdung?

Resdung atau sinusitis adalah kerengsangan hidung yang menyebabkan hidung dan organ -organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.


Apakah yang menyebabkan penyakit resdung ini?

1. Adanya jangkitan kuman , alergi atau alahan- sekiranya keadaan ini berlaku, dinding hidung anda akan membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus. Antara contoh alahan ialah alahan terhadap habuk, parasit, kutu dan juga beberapa jenis makanan tertentu seperti makanan laut.

2. Adanya ketumbuhan pada dinding hidung di mana tumor ini akan menutup pintu rongga sinus.- Apabila rongga sinus tertutup, cecair daripada rongga sinus tidak dapt keluar dan ia akan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak dan terjadinya resdung.

3. Jangkitan pada gigi geraham atas- sangat penting untuk kita menjaga kebersihan gigi dan merawat gigi jika ada kerosakan terutama gigi geraham. Akar umbi gigi geraham atas berada di bawah rongga sinus. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akar akan terpatah dan tertinggal.


Petua mencegah resdung

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab.
2. Jangan menggunakan sarung bantal , cadar, selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
3. Sentiasa membersihkan karpet . Gunakan penyedut hambagas untuk membersihkan karpet.
4. Pakailah penutup hidung semasa mengemas rumah.
5. Minum air suam dengan kadar yang banyak.
6. Sentiasa mencuci dan menjaga kebersihan muka
7. Elakkan memakan makanan yang menyebabkan alahan seperti makanan laut.



Cadangan suplemen Shaklee untuk merawat masalah resdung


Add caption
Terdapat 3 vitamin Shaklee yang boleh membantu merawat resdung iaitu Alfalfa Complex, B-complex dan Vitamin-C Plus.

1. Alfalfa Complex 

  • Alfalfa Complex mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit disebabkan resdung.
  • Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamanya akibat eczema, resdung, alergi dan gegata

2. B- complex

  • Mengandungi B6 yang penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan.
  • Membantu dalam pembinaan protien dalam tubuh.
  • Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati.
  • Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress.
3. Vita-C Plus
  • Bertindak sebagai anti histamin, tanpa kita perlu mengalami side effect daripada pengambilan ubat anti histamin.
  • Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan.
  • Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol.
  • Meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan.
  • Meningkatkan oksigenasi pada tisu-tisu dalam tubuh badan


Hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut. 

pm : Maysarah Ahmat ( SID 883458)
sms|whatsapp : 019 6070566
Page FB : Sihatsihat Suplemen
















Thursday, January 23, 2014

Spaghetti Olio - mudah, cepat & sedap

Teks : Maysarah Ahmat 

Resepi masakan ? Banyak dah yang saya kumpul dan simpan. Banyak sumber resepi yang saya simpan terutama resepi mak saya sendiri dan resepi mak mertua saya. Selain itu, ada juga resepi daripada perkongsian dengan rakan-rakan sekerja.Tetapi biasalah bila ada kesempatan masa atau cuti sahaja saya boleh mencuba resepi-resepi masakan tersebut.

Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi iaitu Spaghetti Olio . Resepi ini saya telah cuba dan saya sangat suka kerana penyediaanya sangat mudah , cepat dan sedap. Memang sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja dan mahukan menu masakan yang simple.  

Resepi Spaghetti Olio

1 bungkus spaghetti
Extra Virgin Olive Oil ( secukupnya)
3 ulas bawang putih ( dicincang halus )
Sedikit udang dan sotong ( dibersihkan dan direbus sekejap)
brokoli ( dipotong )
lobak merah ( dipotong ikut citarasa )
sedikit cili flakes
sedikit Garam 
sedikit herba basil 

1. Rebus spagetthi sehingga lembut ( campur sedikit minyak dan garam ). Angkat dan toskan apabila sudah lembut.
2. Panaskan olive oil yang secukupnya dalam kuali dan masukkan bawang putih dan cili flakes. Tumis sehingga sedikit garing
3. Kemudian, masukkan udang ,sotong , brokoli dan lobak merah dan spagetthi. Masukkan sedikit garam mengikut citarasa. Gaul sehingga masak dan sekata. 
4.  Setelah masak, hidangkan dalam pinggan dan tabur sedikit herba basil. Sekarang, Spagetthi Olio siap untuk dimakan.


Terima kasih kepada kakak-kakak Group Whatsapp Westernfood Frozen Corner ( ini group cikgu-cikgu yang minat memasak) yang sudi berkongsi resepi ini. Insyaallah, saya akan mencuba resepi-resepi yang lain. Oleh itu, selamat mencuba kawan-kawan.  


Spagetthi Olio yang simple

Tuesday, January 21, 2014

Manfaat Alfalfa Shaklee

Teks: Maysarah Ahmat

Alfalfa merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi.Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan dikenalpasti sebagai makanan yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakkanya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protien, asid amino, klofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa pula menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

Antara manfaat Alfalfa Shaklee adalah :

1. Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah.

2. Melawan alahan - memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.

3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - memperbaiki masalah penghadaman seperti kembung, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

4. Menyingkirkan lemak dan kolestrol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja yang mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

5. Melawan tumor - memakan 30 - 50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

6. Melegakan keletihan - melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakkan penyakit.

7. Mencegah/merawat atritis - melegakan sakit atritis dan kesakitan



Selamat membaca kawan-kawan. Semoga mendapat manfaat daripada pembacaan ini. 
hubungi saya untuk maklumat lanjut
Maysarah Ahmat |019  6070566
Page Fb: Sihatsihat Suplemen

Monday, January 20, 2014

COVER BUKU LAPORAN HOMEROOM 2014

Teks : Maysarah Ahmat

Target saya untuk menyiapkan cover buku laporan homeroom pada hari ini berjaya. Setiap tahun, tugas sebagai setiausaha Unit Pembangunan Homeroom adalah menyediakan buku laporan untuk semua homeroom. Pada tahun 2014 ini, saya mencabar diri saya untuk menghasilkan sendiri cover buku laporan homeroom ini. Tidak seperti tahun-tahun lalu, saya meminta rakan saya untuk membantu menyediakan cover buku laporan homeroom ini. Alhamdulillah,walaupun agak ringkas, saya tetap berpuas hati.

Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai homeroom atau keluarga pelajar. Keluarga pelajar merupakan sekumpulan pelajar-pelajar sebaya yang menjalani hidup bersama dalam suasana persaudaraan dengan seorang guru penasihat yang berfungsi sebagai pembimbing dan penjaga dalam ruang waktu yang tidak terbatas.

Antara tujuan homeroom diwujudkan adalah untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sama ada masalah umum atau peribadi. Pelajar boleh berkongsi dan meminta pendapat guru penasihat homeroom sebagai panduan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu, homeroom dapat memupuk perasaan dan semangat persaudaraan antara ahli homeroom. Semangat persaudaraan ini dapat dilihat apabila mereka menyertai aktiviti yang melibatkan penyertaan homeroom. Sebagai contoh, aktiviti Perkhemahan Homeroom, Sukaneka Homeroom , Majlis Sambutan Hari Jadi , dan banyak lagi.

Untuk tahun 2014, saya mengharapkan agar aktiviti homeroom pada tahun ini akan lebih menarik dan dapat membantu menjana kreativiti pelajar. Selainn itu, ia dapat membentuk hubungan di antara pelajar dengan guru penasihat lebih baik dan akrab.

Untuk Homeroom Intan 2 ,saya tidak sabar mahu berjumapa dengan kamu semua.





Sunday, January 19, 2014

Mengapa Alfalfa Complex Shaklee?

Teks : Maysarah Ahmat

Mengapa Alfalfa Complex Shaklee menjadi pilihan saya ? 

Alfalfa Complex Shaklee menjadi pilihan saya kerana sumber Alfalfa Shaklee adalah dari daun alfalfa (tanpa batang dan akar ) terbaik dan hanya dituai apabila ianya mencapai kematangan mutlak kerana hanya daun alfalfa yang telah matang sahaja yang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya.

Selain itu, tanaman Alfalfa ( Medicago sativa) di tanam secara organik yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/ baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai " Raja Segala Tumbuhan'.








Thursday, January 2, 2014

Siapa saya ...

Teks : Maysarah Ahmat

Assalamu'alaikum warahmatullahi  wabarakatuh

Pembuka kata untuk blog pertama saya adalah pengenalan mengenai diri saya. Nama penuh saya Siti Maysarah Binti Ahmat. Saya mendapat pendidikan awal di Kota tinggi, Johor. Saya telah melanjutkan pelajaran di MRSM setelah mendapat keputusan yang baik dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Syukur alhamdulillah, keputusan yang baik dalam SPM membolehkan saya melanjutkan pelajaran di UKM dalam bidang Sains FIzik dan berjaya memperoleh Sarjana Muda Fizik Gunaan dengan kepujian. 

Setelah habis belajar, saya memohon ke jawatan guru dan alhamdulillah pada tahun 2007 saya ditugaskan sebagai guru subjek Fizik. Pengalaman saya sebagai guru menjadikan saya lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. Banyak perkara yang saya pelajari terutama dalam mendidik pelajar saya yang sedang meningkat remaja. 

Saya juga sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak lelaki. Semasa berpantang, saya mengalami masalah kekurangan susu badan dan ini mendesak saya untuk mencari makanan tambahan untuk membanyakkan susu. Alhamdulillah saya telah mencuba produk Shaklee dan sehingga kini saya masih lagi menjadi pengguna setia. Saya juga merupakan Pengedar Sah Shaklee dan sudah setahun menjalankan perniagaan ini.  

Saya mahu serius dalam perniagaan menjual produk Shaklee dan ini merupakan faktor utama saya mengikuti Kelas Asas Blog dan Fan Page. Saya berdoa dan berharap agar dengan adanya ilmu yang saya ikuti dalam kelas ini dapat membantu dalam perniagaan online saya.

Matlamat saya ialah saya mahu memperbaiki proses pembelajaran dan pengajaran saya dan melihat pelajar saya berjaya mendapat gred A dalam SPM. Saya juga mahu mempunyai kedai online saya sendiri dan memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan saya walaupun saya masih bekerja. Saya mahu membuktikan bahawa wanita bekerjaya juga boleh berjaya dalam perniagaan online ini. Matlamat jangka panjang sudah tentu menjadi guru yang cemerlang di dunia dan akhirat. Selain itu, saya mahu menjana wang berterusan melalui perniagaan ini dan  memberikan kebahagian kepada keluarga saya.

Kepada mereka hanya masih mencari-cari suplemen untuk keluarga boleh menghubungi saya segera. Saya sebagai pengedar Sah Shaklee sedia memberikan bantuan dan khidmat nasihat :

Email : maysarahahmat@gmail.com