Monday, January 20, 2014

COVER BUKU LAPORAN HOMEROOM 2014

Teks : Maysarah Ahmat

Target saya untuk menyiapkan cover buku laporan homeroom pada hari ini berjaya. Setiap tahun, tugas sebagai setiausaha Unit Pembangunan Homeroom adalah menyediakan buku laporan untuk semua homeroom. Pada tahun 2014 ini, saya mencabar diri saya untuk menghasilkan sendiri cover buku laporan homeroom ini. Tidak seperti tahun-tahun lalu, saya meminta rakan saya untuk membantu menyediakan cover buku laporan homeroom ini. Alhamdulillah,walaupun agak ringkas, saya tetap berpuas hati.

Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai homeroom atau keluarga pelajar. Keluarga pelajar merupakan sekumpulan pelajar-pelajar sebaya yang menjalani hidup bersama dalam suasana persaudaraan dengan seorang guru penasihat yang berfungsi sebagai pembimbing dan penjaga dalam ruang waktu yang tidak terbatas.

Antara tujuan homeroom diwujudkan adalah untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sama ada masalah umum atau peribadi. Pelajar boleh berkongsi dan meminta pendapat guru penasihat homeroom sebagai panduan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu, homeroom dapat memupuk perasaan dan semangat persaudaraan antara ahli homeroom. Semangat persaudaraan ini dapat dilihat apabila mereka menyertai aktiviti yang melibatkan penyertaan homeroom. Sebagai contoh, aktiviti Perkhemahan Homeroom, Sukaneka Homeroom , Majlis Sambutan Hari Jadi , dan banyak lagi.

Untuk tahun 2014, saya mengharapkan agar aktiviti homeroom pada tahun ini akan lebih menarik dan dapat membantu menjana kreativiti pelajar. Selainn itu, ia dapat membentuk hubungan di antara pelajar dengan guru penasihat lebih baik dan akrab.

Untuk Homeroom Intan 2 ,saya tidak sabar mahu berjumapa dengan kamu semua.





No comments:

Post a Comment