Monday, April 28, 2014

Mengapa pilih Ostematrix..?

Teks : Maysarah Ahmat

Ostematrix adalah vitamin kalsium yang turut mengandungi magnesium, fosforus , vitamin D, zink, kuprum , mangans dan boron. Kehadiran semua mineral ini dalam Ostematrix untuk membantu penyerapan kalsium dalam tulang dan menghalang pembentukkan endapan di bahagian tertentu dalam tubuh badan.  

Jom kita baca apa kandungan Ostematrix :

1. Kalsium ( 1000 mg )

 - vitamin mineral semulajadi yang mempunyai konsentrasi yang tinggi dan mudah diserap.

2. Magnesium ( 400 mg )

- membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan tulang. Magnesium menghalang endapan kalsium seterusnya mengurangkan pembentukkan batu karang.

3. Vitamin D ( 400 IU)

- membantu merangsang penyerapan kalsium dalam tulang dan meningkatkan ketumpatan tulang.

4. Boron, mangan , zink dan kuprum 

- mengaktifkan enzim yang memelihara metobolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.


Golongan dewasa memerlukan 1000 mg kalsium setiap hari. Tetapi keperluannya perlu ditingkatkan untuk wanita hamil, wanita menyususkan anak dan wanita yang monopos. 

Cadangan pengambilan Ostematrix adalah 4 biji setiap hari sebelum tidur.

Ini kerana:
1 biji Ostematrix mengandungi 250 mg dan keperluan badan kita adalah 
1000 mg

banyaknye badam kene makan..kan mudah hanya sebiji ostematrix je dah dpt khasiat 80 biji badam...kalu keperluan badan memerlukan 4 biji ostematrix...jadi 80 x 4 ...memang boleh  kenyang makan badam je...hihihi..

 






Sunday, April 27, 2014

Manfaat Ostematrix

Teks : Maysarah Ahmat


Setiap malam sebelum tidur, saya mesti telan 4 biji kalsium Ostematrix....Pengambilan Ostematrix ini untuk menguatkan tulang dan gigi sahaja tetapi dapat membantu saya lebih rasa segar bila bangun tidur keesokkan pagi...selain itu, banyak lagi manfaat yang saya dapat dengan mengambil Ostematrix secara konsistan.

Jom baca manfaat Ostematrix...

  •  Menguatkan tulang 
Kalsium dapat membantu menghalang osteoporosis ( tulang reput ), menguatkan kuku dan gigi dan fungsi penting dalam penghantaran maklumat saraf. Selain itu, ia berfungsi merangsang pembekuan darah dan pengecutan luka. 

  • Memperbaiki kekejangan dan kebas
Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur dapat membantu mengurangkan kebas-kebas, kekejangan , dakit sendi dan artiritis.

  • Meringankan stress
pengambilan kalsium dapat mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, menggalakkan tidur yang selesa , memperbaiki jantung berdebar, gementar dan stress. Selain itu, ia menolong mengurangkan sakit kepala dan pitam

  • Memperbaiki masalah haid
pengambilan 1000 mg kalsium dan magnesium serentak dapat meringkan sakit sewaktu haid dan membantu membuang air kecil

  • Pengalkalian tubuh
kalsium merupakan mineral alkali dan ia membantu mengimbangi ph tubuh.

  • Memperbaiki sakit gastrik

Banyakkan manfaat Ostematrix...dan semua manfaat Ostematrix ini memberi kebaikan terutama kepada golongan wanita..memang tak rugi sekiranya anda jadikan ia sebagai suplemen wajib anda.

 Untuk wanita di luar sana dan masih mencari suplemen kalsium boleh hubungi saya 

Maysarah Ahmat 019 6070566
Fb: sihatsihat suplemen











Tuesday, April 22, 2014

Sakit pinggang dan kaki lenguh hilang dengan Ostematrix

Teks : Maysarah Ahmat

Gambar: Carian Google



Salam kawan-kawan semua….


Kali ni saya nak cerita mengenai kalsium…

Setiap pagi saya akan minum segelas susu sebelum pergi kerja. Ia sudah menjadi rutin harian saya semenjak mengandungkan anak sulung saya.Tetapi saya masih rasa lengguh-lengguh pinggang, sakit belakang dan adakalanya bila berdiri terlalu lama kaki saya mudah lenguh dah mengalahkan orang tua plak gayanya.


Saya tahu kepentingan kalsium untuk badan. Sebab tu saya amalkan minum susu. Melalui pembacaan saya, kalsium adalah mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan kita.Kalsium lebih banyak terdapat di dalam tulang dan selebihnya ada pada gigi dan aliran darah kita untuk membantu penyerapan nutrien dalam membran sel. 

Apa akibat sekiranya kandungan kalsium tidak mencukupi dalam badan?
Sekiranya jumlah kalsium dalam darah tidak mencukupi, ia akan mengambil kalsium daripada tulang. Ini akan menyebabkan kandungan kalsium dalam tulang berkurangan dan menyebabkan tulang reput ( Osteoporosis). 

Takut dengar mengenai osteoporosis ni sebab bila tulang mula mereput, badan kita tentu tidak boleh tegap berdiri dan kemungkinan paling dasyat kita akan berjalan membongkok sebelum waktunya…..oh tidak....


Sebab itu lah, saya risau sekiranya kalsium yang saya ambil setiap hari tidak mencukupi. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mengambil suplemen tambahan kalsium. 
Tidak lain dan tidak bukan OSTEMATRIX  SHAKLEE.


Inilah dia Si Comel Ostematrix....mudah ditelan tau...


Hebat rupakan Ostematrix ni…dengan hanya mengambil 4 biji sehari sebelum tidur dan saya telah mengambil selama 2 minggu, rasa sakit pinggang berkurangan terutama apabila tiba waktu period. Alhamdulillah…saya juga senang untuk bangun pagi , tidak rasa mengantuk dan rasa malas seperti sebelum ini sebaliknya saya lebih bersemangat untuk memulakan hari baru setiap hari.... 

Terima kasih Shaklee....