Thursday, January 23, 2014

Spaghetti Olio - mudah, cepat & sedap

Teks : Maysarah Ahmat 

Resepi masakan ? Banyak dah yang saya kumpul dan simpan. Banyak sumber resepi yang saya simpan terutama resepi mak saya sendiri dan resepi mak mertua saya. Selain itu, ada juga resepi daripada perkongsian dengan rakan-rakan sekerja.Tetapi biasalah bila ada kesempatan masa atau cuti sahaja saya boleh mencuba resepi-resepi masakan tersebut.

Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi iaitu Spaghetti Olio . Resepi ini saya telah cuba dan saya sangat suka kerana penyediaanya sangat mudah , cepat dan sedap. Memang sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja dan mahukan menu masakan yang simple.  

Resepi Spaghetti Olio

1 bungkus spaghetti
Extra Virgin Olive Oil ( secukupnya)
3 ulas bawang putih ( dicincang halus )
Sedikit udang dan sotong ( dibersihkan dan direbus sekejap)
brokoli ( dipotong )
lobak merah ( dipotong ikut citarasa )
sedikit cili flakes
sedikit Garam 
sedikit herba basil 

1. Rebus spagetthi sehingga lembut ( campur sedikit minyak dan garam ). Angkat dan toskan apabila sudah lembut.
2. Panaskan olive oil yang secukupnya dalam kuali dan masukkan bawang putih dan cili flakes. Tumis sehingga sedikit garing
3. Kemudian, masukkan udang ,sotong , brokoli dan lobak merah dan spagetthi. Masukkan sedikit garam mengikut citarasa. Gaul sehingga masak dan sekata. 
4.  Setelah masak, hidangkan dalam pinggan dan tabur sedikit herba basil. Sekarang, Spagetthi Olio siap untuk dimakan.


Terima kasih kepada kakak-kakak Group Whatsapp Westernfood Frozen Corner ( ini group cikgu-cikgu yang minat memasak) yang sudi berkongsi resepi ini. Insyaallah, saya akan mencuba resepi-resepi yang lain. Oleh itu, selamat mencuba kawan-kawan.  


Spagetthi Olio yang simple

No comments:

Post a Comment