Tuesday, May 13, 2014

Hard Physics to Heart Physics...

Teks : Maysarah Ahmat

Assalamualaikum sahabat semua...

Hari ini baru saya berkesempatan untuk menulis. Saya ingin berkongsi mengenai program yang unit kami telah laksanakan iaitu Program ' Hard Physics to Heart Physics'..Tentunya ada kaitan dengan kerjaya saya sebagai cikgu Fizik. ' Hard Physics ' mungkin betul kepada sesetengah daripada anda yang pernah mempelajarinya .Begitu juga kepada pelajar saya. Oleh sebab itu, guru-guru fizik di sekolah saya merancang program ini supaya ia menjadi ' to Heart Physics' supaya subjek fizik ini bukan sahaja dekat dihati tetapi untuk menjadikan pelajar minat mempelajari subjek ini..

Program ini merupakan salah satu inisiatif guru untuk membantu pelajar di sekolah kami memahami konsep fizik secara santai. Pengisian program ini lebih kepada 'hand-on activity'. Sebelum aktiviti dijalankan pelajar akan diberikan soalan Pre-test untuk mengetahui pemahaman pelajar terhadap beberapa konsep tertentu sahaja dalam silibus  fizik. Antaranya ialah konsep DC motor, DC generator, Radiator and Half life.

Pelajar ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai seorang fasilitator yang akan membantu sepanjang program ini dijalankan. Alhamdulillah, fasilitator kali ini sangat bagus terutama dalam memberikan penerangan semasa aktivity hand on dijalankan. Terima kasih kepada semua fasilitator. Fasilitator ini terdiri daripada pelajar yang mampu membantu rakan -rakan mereka dalam memahami konsep fizik. Sesetengah pelajar lebih selesa dan suka sekiranya rakan mereka sendiri yang mengajar mereka.

Ini dia sebahagian aktiviti yang dijalankan. Jom tengok gambar-gambar ini.


Sesi pre-test: semua fokus je  jawap soalan
apa yang mereka buat? kira butang baju untuk aktiviti topik 'Half-life'
Yang baju purple tu la fasi: bersemangat fasi ni terangkan mengenai DC motor...nampak tak objek besar kat tengah meja tu....

Jom berpuzzle : lekatkan di tempat yang betul...bagaimana radiator berfungsi..oh harapnya mereka faham...


alahai siap menguap lagi...yang penting tau nak guna ' Fleming's Left hand Rule' ye...



taraaaa....dah habis..kumpulan yang menang dapat hadiah...ok jom balik...


Alhamdulillah...memang hari tersebut ternyata meletihkan kerana hari sebelumnya maktab kami mengadakan Majlis Anugerah SPM. Semua cikgu fizik ini dengan rasminya bekerja 7 hari seminggu. Harapan kami dengan adanya program ini dapat membantu pelajar-pelajar ini menguasai konsep fizik yang dipelajari.


Salam sayang : Cikgu Maysarah

No comments:

Post a Comment