Tuesday, February 11, 2014

Wanita dan kesihatan di usia 40-an

Teks : Maysarah Ahmat

Assalamualaikum...

Ramai juga yang bertanya kepada saya suplemen Shaklee yang bagus untuk ibu bapa atau pun warga emas. Sebagaimana yang anda ketahui, apabila usia menginjak 40-an, mereka akan mengalami tanda-tanda seperti: 

1. berat badan bertambah
2. muka menjadi sembab
3. kulit menjadi kering
4. ramput rapuh dan gugur
5. kerap letih dan mengantuk
6. pergerakkan dan tindakbalas menjadi perlahan.

Simptom-simptom ini adalah perkara semulajadi dalam proses penuaan terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an. Tetapi hakikatnya, anda boleh lihat ramai wanita diluar sana yang masih aktif, nampak awet dan cergas walaupun usia mereka separuh abad. Sudah tentu mereka sentiasa mengamalkan hidup secara sihat iaitu sentiasa bersenam, menjaga pemakanan dan saya pasti mereka juga salah seorang yang mengamalkan pengambilan vitamin secara konsistan.

Menurut Doktor Pakar Sakit Puan Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Suhaimi Isa, terdapat beberapa masalah kesihatan yang akan dialami oleh wanita yang berusia 40 tahun ke atas. Mereka akan mengalami 

1. Osteoporosis

- ketika usia semakin bertambah, tulang-tulang dan sendi akan terasa sakit terutamanya tulang belakang. Osteoporosis boleh dikurangkan dengan pengambilan makanan seimbang. Makanan yang diambil perlu mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D yang mencukupi untuk kesihatan tulang

2. Monopos 

- monopos bermaksud tiada lagi kedatangan haid, atau putus haid. Mereka yang sudah mengalami monopos mempunyai metabolisma yang rendah. Oleh itu, mereka perlu menjaga diet pemakanan , mengambil makanan yang berkualiti, makanan yang mempunyai protien yang tinggi, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet seharian. Selain itu , mereka juga perlu mengawal pengambilan glukosa dan karbohidrat.

3. Obesiti

- kebarangkalian wanita yang berusia menjadi obesiti adalah tinggi, ini disebabkan metabolisma mereka rendah dan mereka tidak mengawal pemakanan.Berat badan mereka bertambah apabila mereka makan banyak iaitu lebih daripada apa yang boleh dibakar. kalori yang lebih akan disimpan sebagai lemak.

- Berlebihan berat badan akan mengakibatkan OBESITI dan ia selalu dikaitkan dengan beberapa penyakit iaitu : 

         a) Masalah jantung - darah tinggi, hipertensi, paras kolestrol tinggi
         b) Kencing manis atau Diabetes
         c) Kesan psikologi seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri
         d) masalah pernafasan - Athma dan masalah kesukaran tidur
         e) Komplikasi tulang dan sendi
            ( osteoporosis dan kesakitan tulang pinggul )

Oleh sebab itu, pengambilan suplemen adalah sangat digalakkan kepada warga emas. Bukan sahaja wanita tetapi kaum lelaki juga. Pengambilan suplemen secara konsistan dapat membantu memelihara kesihatan supaya sentiasa berapa pada tahap yang optimum.

Selamat membaca. Untuk entry berikutnya saya akan menerangkan beberapa suplemen yang boleh dicadangkan kepada warga emas ini.  

Jangan segan untuk singgah dan like fan page saya sihatsihat suplemen.


No comments:

Post a Comment