Wednesday, February 19, 2014

Kepentingan protien

Teks : Maysarah Ahmat

Protien adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan. Protien juga adalah komponen utama kepada hormon manusia dan berfungsi untuk merangsang fngsi psikologi. Maka, setiap organ kita sangat memerlukan protien. 

Kekurangan protien akan menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, pertumbuhan badan terbantut , masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya akan membawa kepada masalah kegagalan fungsi organ seterusnya mengakibatkan kematian.


Sumber Protien



Protein dalam diet kita boleh didapati daripada dua sumber utama iaitu protein haiwan (contohnya susu, telur, daging dan ikan) dan protein tumbuhan (contohnya bijirin, kacang, kekacang dan produk soya). 

Protein haiwan adalah lebih lengkap secara biologi daripada protein tumbuhan kerana protein haiwan mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan. Walaupun protein tumbuhan adalah protein yang tidak lengkap, ia adalah pengganti yang baik untuk daging atau protein haiwan. 

oleh sebab protien sangat penting untuk fungsi tubuh, saya memastikan pengambilan protien adalah wajib setiap hari. Saya juga mengambil makanan tambahan bersumberkan soya iaitu Energizing Soy Protien ( ESP ).

Nak tahu apa itu ESP dan manfaatnya ? tunggu entry seterusnya...

No comments:

Post a Comment