Sunday, November 23, 2014

Omega 3 untuk kesihatan

Teks: Maysarah Ahmat

Gambar: Maysarah Ahmat & Carian Google






Apa itu Omega 3?

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tidak tepu yang penting untuk kesihatan badan. Omega 3 terdiri daripada 3 jenis asid lemak iaitu EPA, DHA dan ALA. Oleh kerana omega 3 tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita, amat penting untuk kita mengambil sumber makanan yang mempunyai omega 3 dalam diet harian atau mengambil suplemen yang mengandungi omega 3.


Apa kebaikan Omega 3 untuk tubuh badan?

Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:  
  1. Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  2. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  3. Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  4. Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  5. Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  6. Mengurangkan risiko darah beku
  7. Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  8. Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  9. Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL  dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL) 
  10. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
  11. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
  12. Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
  13. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  14. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
  15. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  16. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
  17. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
  18. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
  19. Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
  20. Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
  21. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu merekA.
  22. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
  23. Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak
kredit : blog Dr Norman 


Apa sumber makanan yang kaya dengan Omega 3?


Omega 3 juga boleh diambil melalui pengambilan suplemen yang mengandungi Omega 3. Omega Guard Shaklee adalah salah satu suplemen yang mempunyai kandungan minyak ikan yang tinggi dan memberi manfaat kepada tubuh badan.




Omega Guard Shaklee mengandungi 90 capsul dan berharga RM 136.00 sebotol.



Sekiranya anda ingin bertanya atau memerlukan konsultasi berkenaan
Set Shaklee, boleh hubungi saya seperti di bawah:




No comments:

Post a Comment