Thursday, November 20, 2014

5 soal jawab tentang pengambilan vitamin

Teks: Maysarah Ahmat

Gambar : Carian Google

Assalamualaikum....

Entry hari ini saya nak berkongsi 5 soalan yang biasa ditanya oleh customer saya setelah mengambil vitamin Shaklee.





Soalan 1:  

Mengapa urin saya bertukar menjadi kekuningan selepas mengambil vitamin B-Complex?

Jawapan : 

Ianya adalah kesan pengambilan b-complex dimana b complex adalah vitamin larut air. Teruskan pengambilan vitamin seperti biasa dan banyakkan pengambilan air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Soalan 2 : 

Saya mengalami pening-pening dan tidak sedap badan selepas pengambilan vitamin ini. Mengapa? Adakah vitamin ini tidak serasi dengan tubuh saya?

Jawapan : 

Pengambilan vitamin atau makanan tambahan memerlukan kita minuma air masak yang banyak. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. 
Rasa pening selalunya berpunca daripada pengambilan air masak yang kurang. Untuk mereka yang pertama kali mengambilan suplemen, tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima.

Soalan 3: 

Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke bilik air. Bolehkah saya mengambil suplemen sebab mempunyai masalah buasir?

Jawapan :  

Tidak saya galakkan kerana mereka yang mengambil suplemen dan kurang minum air, vitamin tidak dapat disalurkan keseluruh badan dengan baik.

Soalan 4 :

 Adakah suplemen membantu mencepatkan penyembuhan penyakit yang saya alami?

Jawapan :

 Vitamin bukan kumpulan ubat. Ia sekadar suplemen iaitu makan makanan yang mengisi ruang kosong dalam tubuh. Ia membantu meningkatkan sistem imun dan membantu mengawal penyakit yang dialami.

Soalan 5 : 

Sekiranya saya menyusukan anak dan mengambil suplemen, mengapa susu saya bertukar warna kuning kehijauan?

Jawapan :  

Ianya merupakan kesan pengambilan b complex dan alfalfa. Vitamin ini adalah larut air dan insyallah dengan pengambilan ESP susu badan akan menjadi pekat.


Semoga dapat dijadikan panduan kepada anda semua.....

No comments:

Post a Comment