Thursday, December 4, 2014

Mengapa vitamin C Shaklee terbaik?

Teks : Maysarah Ahmat

Gambar: Koleksi Sendiri

Assalamualaikum w.b.t...




Tahukah anda bahawa setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C.

Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

Oleh itu  bagaimana cara untuk tubuh badan kita mendapat vitamin C yang mencukupi?

Saya mencadangkan supaya mengambil Vitamin C Plus Shaklee sebagai suplemen untuk mencukupkan vitamin c yang diperlukan oleh tubuh kita.  Vitamin C adalah vitamin larut air dan ia akan hilang secara berterusan dari tubuh kita. Adalah perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari.

Jom baca, kenapa mesti Vitamin C Plus Shaklee...

1. Vitamin C Plus Shaklee adalah vitamin yang bersifat 'Sustained Release' iaitu pembebasan berterusan secara semulajadi. Setiap 100mg vitamin C akan dibebaskan setiap 1 jam secara berterusan selama 5 jam. Sekiranya kita memakan 2 biji Vitamin C Plus ( dalam jurang masa 5 jam ),vitamin c mampu kekal dalam plasma darah  kita selama 24 jam.

2. Kajian dilakukan, setiap satu tablet Vitamin C Plus Shaklee adalah bersamaan 7 setengah biji buah oren.

3. Setiap tablet Vitamin C Plus juga mengandungi 120mg Citrus bioflavanoid Complex ( lemon, orange, grapefruit and hesperidin).

Bioflavanoid berfungsi 

- supaya vitamin c dapat digunakan secara optimum dalam badan manusia.
- bioflavanoid boleh memperlahankan pemusnahan vitamin c yang berlaku   
  dengan cepat dalam badan manusia.
-meningkatkan keberkesanan vitamin c sebagai antioksidan yang kuat.

4. Vitamin C Plus adalah dari sumber semulajadi yang tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.



Sebagai individu yang mementingkan kesihatan, saya memilih vitamin C yang berkualiti untuk kesihatan saya sekeluarga. Selain berkualiti, vitamin C Plus ini juga sangat menjimatkan kerana sebotol vitamin C mengandungi 180 biji dan ia tahan sehingga 4 bulan. Jimat dan berkualiti.



Sekiranya anda ingin bertanya atau memerlukan konsultasi berkenaan
Set Shaklee, boleh hubungi saya seperti di bawah:



Fungsi Dan Manfaat Vitamin C Shaklee Plus

Teks: Maysarah Ahmat

Gambar : Google

Assalamualaikum w.b.t



Manfaat Vitamin C Plus Shaklee :

1. Membentuk kolagen

 - merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.

2. Memperbaiki simptom pendarahan

 - kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Peningkatan sistem Imun

 - membina sel darah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

4. Memerangi kanser 

- Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

5. Mencantikkan kulit

 - Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

6. Memperbaiki Insomnia

 - Ia memperbaiki insomnia, stress yang berkaitan mental seperti keresahan.

7. Mengekalkan kolestrol sihat 

- Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah , pendarahan serebral dan skurvi.


Apakah simptom kekurangan vitamin C?



Siapa yang memerlukan Vitamin C?



 Apakah sumber vitamin C?





Sekiranya anda ingin bertanya atau memerlukan konsultasi berkenaan
Vitamin Shaklee, boleh hubungi saya seperti di bawah:

 

Tuesday, December 2, 2014

Promosi Disember...Vitamin C & Vitamin E

Teks: Maysarah Ahmat

Gambar : Koleksi sendiri

Assalamualaikum w.b.t






Gembira sangat dengan promosi yang Shaklee buat untuk Disember ni..... Vitamin C dan Vitamin E...

Terima kasih Shaklee... Rasanya bukan senang nak dapat promosi untuk 2 produk serentak...

Untuk pengetahuan anda, pasangan 2 produk ini sangat disukai kerana suplemen ini dapat membantu mengatasi masalah terutama masalah kulit. Senang cerita, untuk memulihkan kulit yang bermasalah bolehlah mengamalkan 2 suplemen ini. Ia sangat membantu memulihkan masalah kulit dari dalam tubuh. 

Bukan masalah kulit sahaja boleh di atasi, banyak lagi manfaat atau kebaikan mengambil vitamin C dan vitamin E sebagai suplemen harian. 


Jom baca kebaikan Vitamin C :





Kebaikan Vitamin E :



Vitamin C ( 180 tabs ) = RM 92.50

Vitamin E ( 120 tabs ) = RM 149.00


Sekiranya anda ingin bertanya atau memerlukan konsultasi berkenaan
Vitamin Shaklee, boleh hubungi saya seperti di bawah:



Sunday, November 23, 2014

Omega 3 untuk kesihatan

Teks: Maysarah Ahmat

Gambar: Maysarah Ahmat & Carian Google






Apa itu Omega 3?

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tidak tepu yang penting untuk kesihatan badan. Omega 3 terdiri daripada 3 jenis asid lemak iaitu EPA, DHA dan ALA. Oleh kerana omega 3 tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita, amat penting untuk kita mengambil sumber makanan yang mempunyai omega 3 dalam diet harian atau mengambil suplemen yang mengandungi omega 3.


Apa kebaikan Omega 3 untuk tubuh badan?

Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:  
  1. Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  2. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  3. Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  4. Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  5. Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  6. Mengurangkan risiko darah beku
  7. Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  8. Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  9. Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL  dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL) 
  10. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
  11. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
  12. Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
  13. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  14. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
  15. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  16. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
  17. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
  18. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
  19. Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
  20. Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
  21. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu merekA.
  22. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
  23. Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak
kredit : blog Dr Norman 


Apa sumber makanan yang kaya dengan Omega 3?


Omega 3 juga boleh diambil melalui pengambilan suplemen yang mengandungi Omega 3. Omega Guard Shaklee adalah salah satu suplemen yang mempunyai kandungan minyak ikan yang tinggi dan memberi manfaat kepada tubuh badan.




Omega Guard Shaklee mengandungi 90 capsul dan berharga RM 136.00 sebotol.



Sekiranya anda ingin bertanya atau memerlukan konsultasi berkenaan
Set Shaklee, boleh hubungi saya seperti di bawah:




Thursday, November 20, 2014

5 soal jawab tentang pengambilan vitamin

Teks: Maysarah Ahmat

Gambar : Carian Google

Assalamualaikum....

Entry hari ini saya nak berkongsi 5 soalan yang biasa ditanya oleh customer saya setelah mengambil vitamin Shaklee.





Soalan 1:  

Mengapa urin saya bertukar menjadi kekuningan selepas mengambil vitamin B-Complex?

Jawapan : 

Ianya adalah kesan pengambilan b-complex dimana b complex adalah vitamin larut air. Teruskan pengambilan vitamin seperti biasa dan banyakkan pengambilan air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Soalan 2 : 

Saya mengalami pening-pening dan tidak sedap badan selepas pengambilan vitamin ini. Mengapa? Adakah vitamin ini tidak serasi dengan tubuh saya?

Jawapan : 

Pengambilan vitamin atau makanan tambahan memerlukan kita minuma air masak yang banyak. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. 
Rasa pening selalunya berpunca daripada pengambilan air masak yang kurang. Untuk mereka yang pertama kali mengambilan suplemen, tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima.

Soalan 3: 

Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke bilik air. Bolehkah saya mengambil suplemen sebab mempunyai masalah buasir?

Jawapan :  

Tidak saya galakkan kerana mereka yang mengambil suplemen dan kurang minum air, vitamin tidak dapat disalurkan keseluruh badan dengan baik.

Soalan 4 :

 Adakah suplemen membantu mencepatkan penyembuhan penyakit yang saya alami?

Jawapan :

 Vitamin bukan kumpulan ubat. Ia sekadar suplemen iaitu makan makanan yang mengisi ruang kosong dalam tubuh. Ia membantu meningkatkan sistem imun dan membantu mengawal penyakit yang dialami.

Soalan 5 : 

Sekiranya saya menyusukan anak dan mengambil suplemen, mengapa susu saya bertukar warna kuning kehijauan?

Jawapan :  

Ianya merupakan kesan pengambilan b complex dan alfalfa. Vitamin ini adalah larut air dan insyallah dengan pengambilan ESP susu badan akan menjadi pekat.


Semoga dapat dijadikan panduan kepada anda semua.....

Wednesday, November 19, 2014

Kawal dan elak diabetes dengan Shaklee

Teks: Maysarah Ahmat

Gambar :Shaklee & Koleksi Sendiri





Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah adalah tinggi dari normal. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Sekiranya anda penghidap diabetes,  pancreas dalam badan anda tidak dapat menghasilkan hormon insulin atau badan anda tidak boleh menggunakan insulin dengan berkesan.
 
Apa kaitan insulin dan diabetes?

Hormon insulin dihasilkan oleh pankreas. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga. Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat dan menyebabkan diabetes. 

Apakah tanda-tanda amaran diabetes?





Apa komplikasi yang akan berlaku sekiranya diabetes tidak dikawal?




Pesakit diabetis kebanyakkan mengalami kerosakan saraf. Kadar glukosa yang tinggi  dalam tempoh lama akan merosakkan urat dan mengakibatkan kegagalan penghantaran signal saraf ke bahagian pusat kawalan saraf dan terjadin kehilangan deria sentuhan atau sakit.

Kadar glukosa tinggi dalam jangka masa lama akan dapat merosakkan pembuluh darah beberapa bahagian dalam tubuh. Kerosakkan ini sering berlaku pada mata, saraf dan buah pinggang. Kadar glukosa darah yang tinggi akan merubah bentuk kanta mata dan menganggu penglihatan , malah boleh menyebabkan katarak.

Pembuluh darah besar menjadi tebal, keras dan sempit. Ini akan menghalang aliran darah ke organ-organ terutamanya otak. Apabila pembuluh darah di otak tersumbat, strok akan berlaku.

Kerosakan pembuluh darah menyebabkan penapisan buah pinggang tidak lancar, Ini boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan memerlukan rawatan dialisis.


Apakah cara untuk mengelakkan dan mengawal diabetes? 


1. Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang

2. Sentiasa bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Senaman dapat memperbaiki kecergasan dan merendahkan paras gula.

3. Kekalkan berat badan yang unggul. Elakkan daripada obesiti kerana risiko mereka yang mengalami diabetes adalah yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

4. Sekiranya anda mengalami diabetes, diabetes boleh dikawal dengan pengambilan ubat dan insulin. Pastikan anda membuat pemeriksaan tahap gula dalam darah supaya tahap gula sentiasa dalam paras normal.

Shaklee ada menyediakan rangkaian produk yang boleh diambil bagi mengawal penyakit kencing manis ini.



Sekiranya anda ingin bertanya atau memerlukan konsultasi berkenaan 
Set Shaklee, boleh hubungi saya seperti di bawah: