Sunday, November 23, 2014

Omega 3 untuk kesihatan

Teks: Maysarah Ahmat

Gambar: Maysarah Ahmat & Carian Google






Apa itu Omega 3?

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tidak tepu yang penting untuk kesihatan badan. Omega 3 terdiri daripada 3 jenis asid lemak iaitu EPA, DHA dan ALA. Oleh kerana omega 3 tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita, amat penting untuk kita mengambil sumber makanan yang mempunyai omega 3 dalam diet harian atau mengambil suplemen yang mengandungi omega 3.


Apa kebaikan Omega 3 untuk tubuh badan?

Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:  
  1. Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  2. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  3. Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  4. Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  5. Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  6. Mengurangkan risiko darah beku
  7. Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  8. Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  9. Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL  dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL) 
  10. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
  11. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
  12. Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
  13. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  14. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
  15. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  16. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
  17. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
  18. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
  19. Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
  20. Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
  21. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu merekA.
  22. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
  23. Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak
kredit : blog Dr Norman 


Apa sumber makanan yang kaya dengan Omega 3?


Omega 3 juga boleh diambil melalui pengambilan suplemen yang mengandungi Omega 3. Omega Guard Shaklee adalah salah satu suplemen yang mempunyai kandungan minyak ikan yang tinggi dan memberi manfaat kepada tubuh badan.




Omega Guard Shaklee mengandungi 90 capsul dan berharga RM 136.00 sebotol.



Sekiranya anda ingin bertanya atau memerlukan konsultasi berkenaan
Set Shaklee, boleh hubungi saya seperti di bawah:




Thursday, November 20, 2014

5 soal jawab tentang pengambilan vitamin

Teks: Maysarah Ahmat

Gambar : Carian Google

Assalamualaikum....

Entry hari ini saya nak berkongsi 5 soalan yang biasa ditanya oleh customer saya setelah mengambil vitamin Shaklee.





Soalan 1:  

Mengapa urin saya bertukar menjadi kekuningan selepas mengambil vitamin B-Complex?

Jawapan : 

Ianya adalah kesan pengambilan b-complex dimana b complex adalah vitamin larut air. Teruskan pengambilan vitamin seperti biasa dan banyakkan pengambilan air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Soalan 2 : 

Saya mengalami pening-pening dan tidak sedap badan selepas pengambilan vitamin ini. Mengapa? Adakah vitamin ini tidak serasi dengan tubuh saya?

Jawapan : 

Pengambilan vitamin atau makanan tambahan memerlukan kita minuma air masak yang banyak. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. 
Rasa pening selalunya berpunca daripada pengambilan air masak yang kurang. Untuk mereka yang pertama kali mengambilan suplemen, tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima.

Soalan 3: 

Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke bilik air. Bolehkah saya mengambil suplemen sebab mempunyai masalah buasir?

Jawapan :  

Tidak saya galakkan kerana mereka yang mengambil suplemen dan kurang minum air, vitamin tidak dapat disalurkan keseluruh badan dengan baik.

Soalan 4 :

 Adakah suplemen membantu mencepatkan penyembuhan penyakit yang saya alami?

Jawapan :

 Vitamin bukan kumpulan ubat. Ia sekadar suplemen iaitu makan makanan yang mengisi ruang kosong dalam tubuh. Ia membantu meningkatkan sistem imun dan membantu mengawal penyakit yang dialami.

Soalan 5 : 

Sekiranya saya menyusukan anak dan mengambil suplemen, mengapa susu saya bertukar warna kuning kehijauan?

Jawapan :  

Ianya merupakan kesan pengambilan b complex dan alfalfa. Vitamin ini adalah larut air dan insyallah dengan pengambilan ESP susu badan akan menjadi pekat.


Semoga dapat dijadikan panduan kepada anda semua.....

Wednesday, November 19, 2014

Kawal dan elak diabetes dengan Shaklee

Teks: Maysarah Ahmat

Gambar :Shaklee & Koleksi Sendiri





Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah adalah tinggi dari normal. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Sekiranya anda penghidap diabetes,  pancreas dalam badan anda tidak dapat menghasilkan hormon insulin atau badan anda tidak boleh menggunakan insulin dengan berkesan.
 
Apa kaitan insulin dan diabetes?

Hormon insulin dihasilkan oleh pankreas. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga. Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat dan menyebabkan diabetes. 

Apakah tanda-tanda amaran diabetes?





Apa komplikasi yang akan berlaku sekiranya diabetes tidak dikawal?




Pesakit diabetis kebanyakkan mengalami kerosakan saraf. Kadar glukosa yang tinggi  dalam tempoh lama akan merosakkan urat dan mengakibatkan kegagalan penghantaran signal saraf ke bahagian pusat kawalan saraf dan terjadin kehilangan deria sentuhan atau sakit.

Kadar glukosa tinggi dalam jangka masa lama akan dapat merosakkan pembuluh darah beberapa bahagian dalam tubuh. Kerosakkan ini sering berlaku pada mata, saraf dan buah pinggang. Kadar glukosa darah yang tinggi akan merubah bentuk kanta mata dan menganggu penglihatan , malah boleh menyebabkan katarak.

Pembuluh darah besar menjadi tebal, keras dan sempit. Ini akan menghalang aliran darah ke organ-organ terutamanya otak. Apabila pembuluh darah di otak tersumbat, strok akan berlaku.

Kerosakan pembuluh darah menyebabkan penapisan buah pinggang tidak lancar, Ini boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan memerlukan rawatan dialisis.


Apakah cara untuk mengelakkan dan mengawal diabetes? 


1. Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang

2. Sentiasa bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Senaman dapat memperbaiki kecergasan dan merendahkan paras gula.

3. Kekalkan berat badan yang unggul. Elakkan daripada obesiti kerana risiko mereka yang mengalami diabetes adalah yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

4. Sekiranya anda mengalami diabetes, diabetes boleh dikawal dengan pengambilan ubat dan insulin. Pastikan anda membuat pemeriksaan tahap gula dalam darah supaya tahap gula sentiasa dalam paras normal.

Shaklee ada menyediakan rangkaian produk yang boleh diambil bagi mengawal penyakit kencing manis ini.



Sekiranya anda ingin bertanya atau memerlukan konsultasi berkenaan 
Set Shaklee, boleh hubungi saya seperti di bawah: